Adakah kerana family anda tidak memahami gerak kerja anda menyebabkan anda tidak boleh bergerak bersama organisasi ni? Atau adakah anda tidak mahu bergerak dengan organisasi ni dah selepas ni dan terus bersama organisasi lain? Adakah dalam organisasi lain anda tak akan buat kerja-kerja seperti mana anda buat dalam organisasi ni? Saya merasakan sekiranya ini menjadi penyebab kepada anda slow dalam gerak kerja, mungkin agaknya akan datang pula bagaimana? Maksud saya kalau anda kata family anda tak faham dengan kerja anda, bermakna tahun2 akan datang ini anda perlu mengurangkan komitmen anda dalam gerak kerja?? Then adakah anda sudah consider method lain bagi mereka memahami gerak kerja anda? Adakah shbt kita yang lain, family mereka benar2 faham gerak kerja mereka sehingga family melepaskan anak mereka 100% membuat kerja2 ni?
Macam mana perancangan anda pada masa akan datang? Adakah anda akan berkahwin dengan isteri yang faham latar tarbiah anda? Adakah selepas anda berkahwin dengan seorang isteri yg kuat gerak kerja, family anda akan halang juga? Ataukah anda terpaksa berkahwin dengan pilihan family yang bukan daripada ahli kita?
Saya nampak apa yang affect anda selama anda berada dalam organisasi ni adalah pembahagian masa anda..baik dalam tarbiah, program2 & family. Mungkin saya salah. Harap betulkan saya. Adakah selama ini anda menimbangkan, masa yang anda luangkan itu berbaloi utk kerja2 tarbiah & dakwah?
Bukan proses yang sekejap utk melahirkan anda yang ke-2 iaitu yg lebih baik n perform dari anda yg pertama. Dan saya boleh katakan bahawa organisasi ini bergerak perlahan kehadapan kerana yang hebat sudah pergi, maka kita ambil masa yang baru pula utk melahirkan orang lain yang committed. Apatah lagi kita akan membazirkan tenaga anda yang muda & berpotensi untuk bergerak dalam kerja dakwah sekiranya pada usia ini anda sudah slowkan diri anda dan bergerak dalam ruang lingkup yang kecil..wallahu'alam kecil atau tidak..tapi saya rasa dengan potensi sebagai rijal yang ada, anda boleh bergerak jauh lagi.
Saya yakin anda dah tadabbur Surah At-Taubah ayat 24. Walaupun mungkin tahap kecintaan anda tidaklah sampai menyebabkan anda tinggal terus jalan ini, tetapi kiranya mungkin boleh relate ayat ini dengan situasi anda?
Akhir kata saya mohon maaf sekiranya apa yang saya tulis ini jauh daripada apa yang saya tafsirkan situasi anda dan keadaan anda. Ada kemungkinan saya tersilap perhitungan dalam membaca situasi anda, jadi saya mohon maaf sangat. Tapi saya rasa anda dapat point yang saya nak sampaikan kot?
Sekian untuk muhasabah kali ini..
ALLAHUMMAGHFIRLANA ZUNUUBANA
thanks to AO.
No comments:
Post a Comment