Saturday, November 28, 2009

Motto Raja' Bin Haiwah - Tabi'in


"Alangkah eloknya Islam apabila dihiasi dengan Iman"
Alangkah eloknya Iman apabila dihiasi dengan Ketakwaan"
Alangkah eloknya Ketakwaan apabila dihiasi dengan Ilmu"
Alangkah eloknya Ilmu apabila dihiasi dengan Amalan"
Alangkah eloknya Amalan jika dihiasi dengan Ketekunan"


(Di Kindah terdapat tiga orang yang kerana mereka, Allah akan turunkan hujan dan kerana mereka jua Allah akan berikan mereka kemenangan mengalahkan musuh. Salah seorang di antara mereka ialah Raja' bin Haiwah) - Maslamah bin Abdul Malik-

Wednesday, November 4, 2009

JIM setuju Dr Asri diberi tauliah

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), yang menentang Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilantik mengetuai sebuah yayasan Islam berpengaruh, bersetuju jika bekas mufti itu diberikan tauliah mengajar di Selangor.

"Kalau beliau ada kelayakan itu, maksudnya beliau layaklah untuk diberi tauliah. Beliau kena ikut apa kelayakan yang perlu daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)," kata presiden JIM Zaid Kamaruddin.

"Macam sesiapapun yang hendak mengajar, kenalah minta tauliah daripada mana-mana jabatan agama dan kena melalui proses untuk ambil tauliah."

JIM bersama sejumlah NGO Islam membantah Dr Mohd Asri dilantik mengetuai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), badan yang dinaungi kerajaan, dengan alasan antaranya beliau "seorang yang tidak berhemah" dan "tidak berhikmah."

"(Idea) Dr Asri seringkali tidak seiring pandangannya dengan sebahagian besar ulama an NGO Islam arus perdana.

"Kerajaan sepatutnya menghormati kerjasama Majlis Amal Islami Malaysia di bawah naungan Yadim yang telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

"Pelantikan Dr Asri hanya akan memutuskan tali silaturrahim yang terjalin dan MAIM akan pincang sekiranya Dr Asri menerajui Yadim.

"Dr Asri yang terpengaruh dengan pandangan dan pendekatan ulama tertentu juga seringkali bertentangan pandangan dengan para ulama dan mufti-mufti negeri lain.

"Dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat ini, Dr Asri telah mengambil pendekatan berkonfrontasi secara terbuka tanpa menitikberatkan soal adab dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya.

"Semasa menjawat jawatan mufti kerajaan negeri Perlis, beliau kerapkali membelakangkan pandangan Jawatankuasa Mufti peringkat kebangsaan dan sentiasa lari daripada berdialog secara tertutup dan beradab, sebaliknya mencari populariti di media," memorandum bantahan itu dipetik.

Memorandum bertarikh 12 Oktober itu disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini - tidak lama sebelum bekas mufti Perlis itu ditangkap dan disiasat oleh Jais, hujung minggu lalu.

Dr Mohd Asri disiasat berhubung kuliahnya di sebuah banglo di Hulu Kelang atas kesalahan mengajar tanpa tauliah.

Bagaimanapun JIM menolak andaian wujudnya hubungan antara memorandum kepada Agong itu dengan penahanan yang dibuat Jais.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Zaid berkata kandungan memorandum berkenaan sebagai protes berasingan berhubung tawaran jawatan yang dipertua Yadim kepada Dr Mohd Asri.

"Ini tidak berkait secara langsung dengan penahanan tersebut," katanya. "Sememangnya kita berpandangan beliau tidak sesuai dengan jawatan berkenaan."

Beliau diminta mengulas perkara tersebut apabila timbul cakap-cakap yang cuba mengaitkan isu memorandum bantahan itu dengan siasatan terhadap agamawan itu.

Selain JIM, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan juga Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Wilayah Persekutuan antara 13 NGO yang menandatangani memorandum berkenaan.

Mengulas kontroversi penangkapan Jais itu, Zaid berkata JIM bagaimanapun kesal dengan tindakan itu dan menyifatkannya sebagai "pendakwaan memilih-milih".

Tambahnya, jabatan itu sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan terhadap Dr Mohd Asri walau Jais mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.

"Kita tahu memang Jais ada kuasa untuk tangkap orang, tetapi betulkah semua penceramah di semua masjid di Selangor ini ada tauliah?" katanya lagi.

Diambil dari Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/116615

NGO marah iklan peraduan hitung seluar dalam wanita

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah sekeras-kerasnya penyiaran iklan Count The Panties Contest seperti dimuatkan di sebuah akhbar tempatan semalam.

Iklan yang memuatkan borang penyertaan tersebut "tidak mengambil kira sensitiviti dan pegangan kesopanan dan kesusilaan rakyat di negara ini yang majoritinya beragama Islam", kata presidennya SM Mohamed Idris.

"Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila menyiarkan iklan yang secara langsung menggalakkan penyertaan para pembaca akhbar dalam peraduan mengira jumlah seluar dalam wanita," katanya.

"CAP amat ingin mengetahui rasional di sebalik tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam membenarkan iklan sedemikian disiarkan dalam media arus perdana negara."

Dalam satu kenyataannya semalam, CAP menggesa KDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak lebih tegas dan proaktif untuk memastikan "iklan-iklan murahan" tidak disiarkan lagi pada masa hadapan.

Menurutnya lagi, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia melarang kandungan yang dianggap sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mencaci, mengugut atau mengganggu seseorang.

Tambahnya, kandungan yang disifatkan tidak sopan itu pula termasuklah bahan-bahan yang bersifat jelik, tingkah laku tidak sopan dan bertentangan dengan kelakuan yang diterima umum.

"Ini termasuklah bahan-bahan bogel dan seks. Persoalannya apakah iklan mengira seluar dalam wanita ini terikat di bawah akta ini?" kata Mohamed lagi.

CAP juga merujuk peruntukan Akta Iklan Lucah Sopan 1953 yang bertujuan menyekat iklan lucah dan iklan mengenai penyakit berkaitan seks.

Menurut Seksyen 3 akta itu, menjadi kesalahan melekat atau menulis di rumah, bangunan, dinding, pintu, pagar, tiang, papan, pokok atau tempat buang air atau mana-mana benda, gambar lucah atau sumbang atau alat bertulis atau cetak.

"Jadi, apakah peranan akta ini dalam membendung iklan lucah sedemikian?" kata aktivis pengguna berpengalaman itu.

Peraduan khas untuk golongan wanita itu menghendaki pesertanya mengira jumlah seluar dalam di dalam sebuah jam dengan ganjaran RM1,000 seorang bagi 200 pemenang.

Hadiah itu pula dibayar dalam bentuk kredit panggilan telefon sama ada pascabayar atau prabayar.

Dianjurkan oleh syarikat jenama tuala wanita popular, peraduan itu bermula awal bulan lepas hingga 31 Disember ini.

Diambil dari Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/116623

Thursday, October 29, 2009

Sunday, October 18, 2009

Rayuan Qurban Eidul Adha & Aqiqah 1430H

Assalamualaikum.

Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Eidul Adha tidak lama lagi, sama-sama lah kita menyumbangkan sebahagian daripada harta kita sekadar termampu untuk manfaat saudara kita yang tidak berkemampuan.









Jejak Risalah Di Nusantara

Assalamualaiku w.b.t...

Alhamdulillah, buku Jejak Risalah Di Nusantara edisi ke-5 te
lah dilancarkan pada 17 okt 09 yang lalu pada majlis Malam Amal Nusantara. Dapatkan buku tersebut dengan harga RM15.00 senaskah.


Monday, October 12, 2009

Konvokesyen

Assalamualaikum.

Dikongsikan bersama kepada anda semua beberapa gambar konvokesyen saya pada 4 Oktober 09 yang lalu di UUM.

Aku di hadapan bangunan Canselori, UUM


Boleh tahan jugak mamat ni..hehe, tahniah Ardi.


Tumpang bergambar kat kolej orang lain.


Duduk dari kiri: Me, my mother, mirah (my niece) n mirul (my nephew).
Berdiri: My sister (married).


Yang pakai baju putih tu suami adik saya (adik ipar)..


Mak pun nak konvo jugak..hehe


Ngan abey Razmey...hehehe


Alhamdulillah dah konvo


With my lecturer..single lagi tuhh..


With Salahuddin


Alhamdulillah, Amri pun dah konvo jugak, tahniah Amri



Tahniah kepada semua yang telah berkonvo. Wish you all the best in the future. InsyaAllah :-)
Tak lupa jugak pada sahabat2 ku di IPT yang lain.


Sunday, October 11, 2009

Muhasabah


Sememangnya anda sendiri boleh merasai kerja yang dibuat terlalu besar, dan anda masih belum dapat adapt dengan nature kerja yang besar. Anda baru setahun bersama organisasi ni, mana mungkin dalam tempoh setahun ini anda dah boleh adapt dengan baik dan memahami kerja2 dalam organisasi ni. Atau anda merasakan 1 tahun ini sudah cukup buat anda?

Adakah kerana family anda tidak memahami gerak kerja anda menyebabkan anda tidak boleh bergerak bersama organisasi ni? Atau adakah anda tidak mahu bergerak dengan organisasi ni dah selepas ni dan terus bersama organisasi lain? Adakah dalam organisasi lain anda tak akan buat kerja-kerja seperti mana anda buat dalam organisasi ni? Saya merasakan sekiranya ini menjadi penyebab kepada anda slow dalam gerak kerja, mungkin agaknya akan datang pula bagaimana? Maksud saya kalau anda kata family anda tak faham dengan kerja anda, bermakna tahun2 akan datang ini anda perlu mengurangkan komitmen anda dalam gerak kerja?? Then adakah anda sudah consider method lain bagi mereka memahami gerak kerja anda? Adakah shbt kita yang lain, family mereka benar2 faham gerak kerja mereka sehingga family melepaskan anak mereka 100% membuat kerja2 ni?

Macam mana perancangan anda pada masa akan datang? Adakah anda akan berkahwin dengan isteri yang faham latar tarbiah anda? Adakah selepas anda berkahwin dengan seorang isteri yg kuat gerak kerja, family anda akan halang juga? Ataukah anda terpaksa berkahwin dengan pilihan family yang bukan daripada ahli kita?

Saya nampak apa yang affect anda selama anda berada dalam organisasi ni adalah pembahagian masa anda..baik dalam tarbiah, program2 & family. Mungkin saya salah. Harap betulkan saya. Adakah selama ini anda menimbangkan, masa yang anda luangkan itu berbaloi utk kerja2 tarbiah & dakwah?

Bukan proses yang sekejap utk melahirkan anda yang ke-2 iaitu yg lebih baik n perform dari anda yg pertama. Dan saya boleh katakan bahawa organisasi ini bergerak perlahan kehadapan kerana yang hebat sudah pergi, maka kita ambil masa yang baru pula utk melahirkan orang lain yang committed. Apatah lagi kita akan membazirkan tenaga anda yang muda & berpotensi untuk bergerak dalam kerja dakwah sekiranya pada usia ini anda sudah slowkan diri anda dan bergerak dalam ruang lingkup yang kecil..wallahu'alam kecil atau tidak..tapi saya rasa dengan potensi sebagai rijal yang ada, anda boleh bergerak jauh lagi.

Saya yakin anda dah tadabbur Surah At-Taubah ayat 24. Walaupun mungkin tahap kecintaan anda tidaklah sampai menyebabkan anda tinggal terus jalan ini, tetapi kiranya mungkin boleh relate ayat ini dengan situasi anda?

Akhir kata saya mohon maaf sekiranya apa yang saya tulis ini jauh daripada apa yang saya tafsirkan situasi anda dan keadaan anda. Ada kemungkinan saya tersilap perhitungan dalam membaca situasi anda, jadi saya mohon maaf sangat. Tapi saya rasa anda dapat point yang saya nak sampaikan kot?

Sekian untuk muhasabah kali ini..

ALLAHUMMAGHFIRLANA ZUNUUBANA

thanks to AO.